Monday, February 16, 2009

Vandalisme di mana2...


Baru-baru ini,aku tlh mendapati seorang blogger telah melakukan kejadian yg tidak senonoh ini.setelah ditegur die hanya mendiamkan diri.entah ape sebabnye aku pun tidak mengerti.zzzz...

Thursday, February 12, 2009

sedey...

nape ntah sejak kebelakangan ni ase xsedap at jer..isk..sedey lak rasanye. nak study pun xde mood. huhuhuhuhu....nak balik kg ar camni...

Sunday, January 25, 2009

WOW is BaCk...kemon semanian


This is my character..nais kan??

World of the Warcraft telah kembali di kolej uthman atau lebih di kenali sbg warung pak seman. Dengan usaha keras johyzam@ sihitam dengan membawa lan rextor ke uthman untuk menginstall seber akhirnya telah membuahkan hasil.walaupun pada awalnya pc aku nak jd seber tp xle nak install disebabkan xde .netframework baru.iskk.. seb baik ader pc wong yang power..tp kesian die, asek lag jer pc.sabar wong sabar..ahah.
Bergambar ngan ustazmajid aka warrior ally


dah puas pk nak amek char ape akhirnya aku amek priest sebab xde org amek lg.Tp still ally, xmo pilih horde, muke jahat sangat.huhu. kalau dlu amek talent shadow, skarang ni amek talent disciple lak.kasi keras sket nak lawan rouge ngan warrior. japg nak kene sambung leveling plak ngan ustaz majid.,skang ni bru level 56.lambat ag nak 70.iskk...my char namenya errinna, kaum night elf.comel kan..hehe. bru 3 hari establish, tp yang men da dekat 20 org.cayalah seman.


kemon penduduk seman..kite meriahkan wow dengan character anda.hihihi. jgn pozes sanagt wei..(@_@)

We won..at last


Pada tanggal 13 jan 09 stadium utama uiam telah menjadi saksi kemenangan pasukan bola uthman yang nyata tiada tolak bandingnya. dengan semangat dan keazaman yang tinggi para pemain telah berjaya menundukkan lawan dengan jumlah gol 4 berbalas 2.walaupun ketinggalan pada separuh mase pertama, namun semangat pasukan seman tidak luntur.cayalah warung pak seman.hehe.makan free beb malam tu.principle blanja. hhihi.

Saturday, December 27, 2008

Pali dgn mofir


Tau lepak jer diorang

Monday, December 22, 2008

Keselamatan di kolej kediaman, tanggungjawab siapa..??


Sesiapa yang baru tinggal di kolej kediaman di mana2 universiti tanahair selalunya mudah leka dengan keadaan sekeliling..mereka rasa selamat tinggal di situ kerana adanya security @ pak gad. Tapi adakah pak gad betul2 menjaga keselamatan kita secara menyeluruh...??

Di universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIA, tempat pak gad selalu saya nampak adalah di:
  1. Pintu Masuk utama
  2. tempat orang selalu letak moto di tempat yang xsepatutnya
  3. laluan yang selalu dijadikan mat moto lawan arah.
  4. kat jalan..pusing2..
kat blok??? xpenah ade jejak rasanye...kecuali nak wat spot check.kat kolej pompuan ader la kot..dekat gate.

Inilah masalahnye sekarang...saya xtahu lah sama ade mereka sedar @ tidak bahawa banyak kes2 kecurian, pergaduhan dan sebagainya berlaku dekat di tempat kediaman.kecurianlah yang paling berat.saye dan rumate saye juga terlibat..hset kami dirembat di dalam bilik.time tu saye ngan tido dan rumate saye g mandi..tp salah kami gak sebab xkunci pintu..tp xpuah ati sebab nset tu ader kat sebelah je mase ilang..huhu.tp xper lah..benda da jadi, lagipun makcik da belikan nset bru..ader hikmah gak la kejadian ni..heee.


inilah hset malang saye yang dicuri..isk-->



satu lagi kes berat adalah kecurian motosikal..banyak motosikal yang tinggal rangka sahaja. kes motor ni selalunyer berlaku mase ngah cuti..lebih2 lagi bru2 ni mase kolej perlu dikosongkan tuk tuka furniture. stor pun banyak yang kene pecah..kesian kat student.ader yang nangis2 report kat saye..(T_T)


so..siapa perlu disalahkan di dalam hal ni..? adakah makcik cleaner yang kene pantau blok kediaman semua? ataupun makcik cafe dan pak postur? jadi, saya sebagai salah seorang penuntut uia berasa kecewa dengan sistem keselamatan di uia..begitu juga dengan rakan2 yang lain. hasil survey saya sebelum ini dii kalangan penduduk kolej uthman mendapati kebanyakkan penghuni tidak berpuas hati dengan keselamatan di kolej uthman. xkan lah majlis perwakilan pelajar nak jaga..mereka student jugak, ader masa blaja dan juga cuti.

jadi harap2 pihak yang bertanggungjawab akan mengambil serius masalah ni demi kebaikan bersama. bukan nak menghina atau mencaci tetapi just nak suarakan perasaan pelajar semua.

posted by lamps aka welfare bureau Kolej Uthman Ibnu Affan (blum grad lagi cam pali)

Saturday, December 20, 2008

Saya sayang kamu....???




Hurmm..siapa ek orang yang anda paling sayang....mestilah diri sendiri kan..hehe. Tapi ade juga insan yang sayangkan orang lain lebih dari diri sendiri..sanggup korbankan segalanye.kire mulia ar kot.. Tapi AWAS..jangan sampai gadaikan maruah anda dan keluarga..huuu




Menyayangi dan mencintai seseorang adalah lumrah bagi setiap insan..begitu juga sebaliknya...namun cinta sejati x ubah seperti mencari jarum didalam semak(betul ke peribahasa ni??)..susah gak kot..ader yang bernasib baik trus dapat..(btul2 ader ke?).
Kita manusia sememangnye memerlukan cinta dan kasih sayang kerana adanya mereka akan menjadikan hidup kita indah dan bermakna..tapi siapa yang anda sayang dan cinta terpulanglah..ramai jer orang, mak,ayah,adik,aka,abang,kawan2....err buah ati?



Ader juga insan yang kecewa dengan cinta yang xkesampaian....tapi itu juga lumrah kehidupan..setiap tindakan ada risikonye. Namun semua itu akan mendewasakan kita..menjadikan kita matang hari demi hari..pengalaman sememangnya banyak mendewasakn kita, jadi jangan jadikan pengalaman suatu sesalan yang tiada kesudahan...ingat tau..heee.

Walau seteruk mana sekalipun anda kecewa dalam percintaan..janganlah hampa dan kecewa kerna...di sampingmu ada rakan2 yang sentiasa menyokong dan menyayangi kamu dan yang penting Allah sentiasa ada bersama kamu dan menyayangi kamu..jadi, ingatlah Allah sentiasa dan hargailah sahabatmu yang sentiasa nantikan senyumanmu..Hidup itu sentiasa indah kate mofir...wuwuwu.




nukilan oleh LaMPs yang BLUM GRAD lagi..kalo salah sile tegur..mekacih !!!